fbpx

Mayat wanita ditemui tergantung pada kipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita ditemui mati tergantung di sebuah rumah yang terletak di Taman Teratai, Senawang, semalam.
SEREMBAN – Mayat seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam sebuah rumah di Taman Teratai, Senawang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.59 petang semalam sebelum menemukan mayat wanita berusia 33 tahun itu tergantung pada kipas ruang tamu di rumah berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut menjumpai kesan calar pada pergelangan tangan kiri disyaki mencederakan diri dan si mati disahkan meninggal dunia kira-kira satu hingga dua jam sebelum dijumpai, “ katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Tambahnya, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk proses bedah siasat untuk mengenai pasti punca kematian. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI