fbpx

KPLB, KKMM atasi masalah akses internet luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman ketika bersama ibu bapa menerusi sidang Google Meet dalam Bengkel Kemahiran Keibubapaan peringkat daerah anjuran Jabatan Kemajuan Mayarakat Lipis di Pejabat Parlimen Lipis di Lipis semalam.

LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta semua pihak terlibat bagi segera menyelesaikan masalah akses internet di kawasan kampung dan pedalaman seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, masalah capaian internet yang menjadi satu keperluan pada masa ini harus menjadi keutamaan dan diselesaikan dengan secepat mungkin.

“Masalah akses internet perlu diberi keutamaan serius serta diatasi segera untuk keselesaan pelajar mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) termasuk agensi kerajaan yang berkhidmat di luar bandar.

Capaian internet merupakan keperluan penting dalam era teknologi maklumat dan komunikasi terutamanya ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselesaan pelajar dan pengurusan agensi kerajaan,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan menerusi sidang Google Meet di sini, semalam.

Program tersebut disertai secara sidang google meet melibatkan penyertaan 130 ibu bapa dan penjaga kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) anjuran Kemas Lipis.

Sementara itu, beliau berkata KPLB akan menerapkan konsep Keluarga Malaysia untuk ibu bapa bagi membina semangat pemuafakatan dan kebersamaan dalam kalangan keluarga di rumah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI