fbpx

Kes rogol libatkan remaja di Kelantan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BACHOK – Percintaan pasangan remaja bawah umur yang membawa kepada kes rogol di negeri ini meningkat enam peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 65 kes rogol bawah umur dilaporkan sepanjang tujuh bulan tahun ini manakala 54 kes pada tahun lalu.

Shafien (kanan) meninjau persiapan kaunter perkhidmatan di Balai Polis Jelawat, Bachok hari ini. FOTO TOREK SULONG

Menurutnya, majoriti kes dilaporkan itu melibatkan remaja perempuan di bangku sekolah berusia 13 hingga 16 tahun atas dasar suka sama suka, saling mengenali sama ada berjiran, rakan sekolah atau kenalan berusia 16 hingga 31 tahun menerusi media sosial.

“Mereka berhubungan intim dengan secara sukarela, namun disebabkan mangsa dikategorikan sebagai bawah umur, pelaku tidak dapat lari daripada penguatkuasaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan apabila aduan dilakukan oleh ibu bapa mangsa.

“Hasil siasatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kebanyakan hubungan intim berlaku di rumah, sama ada rumah mangsa atau rumah pelaku ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau tidur nyenyak pada waktu malam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Balai Polis Jelawat di sini hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI