fbpx

Hadiah cinta Hyuna buat kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYUNA

SEBENARnya, jarang selebriti K-pop memperagakan percintaan mereka kepada umum.

Berbeza dengan penyanyi Hyuna yang terbuka dalam asmara bersama kekasih hatinya, Edawn.

Selepas hampir enam tahun menjalinkan hubungan cinta secara terbuka, baru-baru ini Hyuna mencipta sebuah lagu romantis khas buat kekasihnya, sekali gus sebagai tanda penghargaan Edawn.

Lebih manis, lagu yang dijangka menemui peminat tidak lama itu akan dinyanyikan secara berduet oleh Hyuna dan Edawn.

Terdahulu, Hyuna dan kekasihnya berkongis video acah mengenai lagu yang sedang dalam pembikinan dalam Instagram masing-masing.

Hyuna dan Edawn mula rapat dan dipercayai menjalinkan hubungan cinta pada Mei 2016 lalu. Percintaan mereka juga sudah mendapat lampu hijau daripada keluarga kedua-dua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI