fbpx

Dua ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus ladang dan operator kilang yang ditahan kerana membawa kenderan di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 26, Jalan Lukut-Sepang di sini awal pagi tadi.

PORT DICKSON – Dua lelaki yang dikesan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk ditahan polis di Kilometer 26 Jalan Lukut-Sepang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson,  Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemeriksaan ke atas dua lelaki yang bekerja sebagai pengurus ladang dan operator kilang itu mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika ditahan pada pukul 3.30 pagi, pengurus ladang berusia 26 tahun itu sedang memandu kereta manakala operator kilang berusia 23 tahun terbabit menunggang motosikal dengan kedua-duanya menuju ke Lukut dari Sepang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, mereka berdua seterusnya dibawa ke Balai Polis Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut dan ujian pernafasan menggunakan alat EBAII mendapati mereka disahkan positif alkohol dengan bacaan melebihi paras yang ditetapkan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI