SETIAP rakyat di mana-mana negara sekali pun pasti mengharapkan barisan pemimpin yang jujur serta berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka.
Begitu juga dengan Mira Filzah yang turut mendoakan agar Malaysia memiliki barisan pemimpin yang ikhlas dan amanah.
“Semoga negara kita dipimpin oleh para pemimpin yang cinta akan negara, ikhlas, jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan bukan sebaliknya,” tulisnya dalam InstaStory baru-baru ini.
Rasa selain sebagai tanda rakyat prihatin, doa tersebut dititipkan Mira khas buat ibu mentuanya sendiri, Datin Mastura Yazid yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.
Untung mentua dapat menantu macam Mira.
DIVA: Selamat ulang tahun perkahwinan pertama buat Mira dan Wan Emir Astar pada 3 September lalu. Dah setahun ya, tapi belum ada tanda-tanda lagi.