fbpx

Derita sakit Crohn, Cassidy alergi terhadap banyak makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASSIDY

PETALING JAYA – Akibat penyakit Crohn atau radang usus yang dihidapi, penyanyi Cassidy La Creme mendedahkan dia kini mengalami alahan terhadap banyak makanan.

Antara makanan yang harus dielakkan oleh penyanyi berasal dari Australia itu adalah coklat, susu, minyak zaitun, minuman berkarbonat, zukini, susu soya, tomato, koko, lobak merah, badam, saderi, epal, aiskrim, telur, mentega, gula, buah oren, anggur dan jagung.

“Saya baru tahu tentang keputusan ujian alergi terbaharu. Saya tidak boleh makan semua makanan tersebut kerana mempunyai tahap alergik yang kronik,” ujar Cassidy dalam satu hantar video dalam Instagramnya semalam.

Cassidy yang sebelum ini dikenali dengan nama Cassidy Anderson mendedahkan dia telah didiagnosis dengan penyakit Crohn atau radang usus beberapa tahun lalu ketika tinggal di Malaysia.

“Buat mereka yang tidak tahu, penyakit Crohn merupakan penyakit autoimun. Penyakit ini datang dengan senarai panjang makanan yang saya sensitif.

“Seperti yang anda lihat, saya alergik terhadap hampir semua makanan. Sesetengah daripadanya mempunyai kesan yang lebih teruk dan saya bergelut untuk tidak mengambil langsung semua makanan tersebut.

“Apa pun saya cuba mengurangkan kadar pengambilan makanan tersebut. Saya kini sedang mengikuti protokol makanan yang dipanggil diet paleo khas untuk pesakit autoimun. Terdapat pelbagai resepi dan saya rasa begitu bersemangat,” kata Cassidy.

Penyanyi berusia 33 tahun itu yang merupakan bintang YouTube mencipta populariti di Malaysia selepas kerap menyanyikan semula lagu-lagu Melayu.

Antara lagu yang membuat dia popular adalah Ombak Rindu, nyanyian asal Hafiz Suip dan Adira.

Cassidy yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu pernah muncul dengan lagu Seperti Dia dan membintangi beberapa buah drama antaranya Ada Apa Dengan Dosa.

Terbaharu, nama Cassidy kembali hangat apabila dia memuat naik video menyanyikan semula lagu Tanggal 31 Ogos sempena kemerdekaan negara yang ke-64 baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI