fbpx

DBKL tanggal notis SOP mengelirukan di Taman Rimba Bukit Kerinchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas DBKL mengambil tindakan pantas dengan menanggalkan notis yang ditampal oleh syarikat keselamatan di Taman Rimba Kerinchi berkaitan SOP yang kurang tepat.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggalkan notis pemberitahuan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang ditampal  sebuah syarikat keselamatan bagi mengelirukan orang awam di Taman Rimba Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

DBKL dalam satu perkongsian di laman Facebook berkata, petugas pihaknya telah mengambil tindakan pantas dengan menanggalkan notis berkaitan (SOP) yang kurang tepat untuk mengaburi mata orang ramai.

Syarikat keselamatan yang mengeluarkan notis ini telah diberi teguran oleh DBKL.

“Syarikat tersebut telah diberi teguran oleh pihak DBKL dan para pengunjung dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, notis yang ditampal itu memaklumkan agar orang ramai tidak bertanya pekerja keselamatan mereka berkenaan vaksin.

“Perhatian kepada semua pengunjung, tolong jangan tanya kami, pihak keselamatan berkenaan vaksin, ia kerana kami sudah vaksin dua kali.

“Orang awam tidak mempunyai hak untuk bertanyakan hal sedemikian melainkan jika memakai pakaian beruniform (pihak berkuasa). Terima kasih atas kerjasama anda,” katanya.

Sebaliknya, notis sebenar yang ditampal oleh pihak DBKL menyatakan, Taman Permainan Kanak-Kanak di Taman Rimba Bukit Kerinchi itu ditutup bagi mencegah penularan wabak Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI