fbpx

Bekalan air di semua 463 kawasan pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air di kesemua 463 kawasan berjaya dipulihkan sepenuhnya tengah hari tadi berbanding jangkaan awal pada esok, sebelum ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, kesemua kawasan di kelima-lima wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat menerima bekalan air bersih pukul 12 tengah hari tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor bagi setiap pertanyaan dan aduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Air Selangor menyarankan agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian kerana air kebiasaannya akan kembali jernih selepas lima hingga 10 minit.

“Air sinki berwarna lazimnya berlaku semasa terputus bekalan air disebabkan oleh gangguan bekalan air berjadual dan tidak berjadual.

“Insiden ini berlaku disebabkan oleh aliran air di dalam paip utama semasa bekalan air disambung semula dan sedimen yang termendap semasa paip kosong terampai semula seterusnya bergerak mengikut aliran air. Sedimen yang terampai ini menyebabkan bekalan air berubah warna,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kehidupan hampir sejuta penduduk lima wilayah kembali sengsara, Jumaat lalu, apabila Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA) dihenti tugas buat kali kedua dalam tempoh selang empat hari.

Henti tugas bermula pukul 5.15 petang itu berpunca daripada pencemaran bau disyaki daripada sebuah kilang di perindustrian di Jenderam Hilir, Sepang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI