fbpx

Bantuan Khas Covid-19 mula dikreditkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Proses pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu akan bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion telahpun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

“BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya tadi.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI