fbpx

Tingkatkan stok beras 290,000 tan menjelang 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua darin kanan) ketika mengadakan tinjauan stokpail beras negara bagi zon Sabah di Telipok hari ini.

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan simpanan stok beras negara akan ditingkatkan kepada 290,000 tan metrik secara berperingkat menjelang tahun 2023.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pihaknya turut meningkatkan jumlah pegangan stok beras negara kepada 200,000 tan metrik daripada 150,000 tan metrik yang ada ketika ini menjelang akhir tahun ini.

“Kos penambahan keseluruhan beras negara sehingga tahun 2023 dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM230 juta dan ditanggung sepenuhnya oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selaku syarikat pemegang konsesi.

“Kita akan melaksanakan pemeriksaan berkala untuk memastikan bekalan beras di seluruh negara mencukupi sekali gus mampu menampung keperluan penduduk termasuk di musim pandemik.

“Pemeriksaan berkala dari semasa ke semasa akan dibuat di semua lokasi penyimpanan beras negara meliputi zon Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau bekalan beras negara bagi zon Sabah di Telipok hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald memberitahu, terdapat 31 gudang stokpail di seluruh negara yang dikendalikan Bernas ketika ini dan syarikat terbabit memenuhi indeks pencapaian prestasi (KPI) yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, Ronald berkata, ketika ini keperluan beras rakyat negara ini mencapai 2.5 juta tan metrik setahun, manakala pengeluaran beras negara ialah kira-kira 70 peratus daripada keperluan itu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI