fbpx

‘Saya minta maaf, janji akan berubah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas pertuduhan mencuri tabung masjid menyesali perbuatannya dan berjanji untuk berubah memulakan hidup baru.

Nor Amira Roslan, 28, dalam keadaan sebak turut memohon maaf atas kesilapan dilakukan yang telah mengecewakan ramai pihak.

“Jika tidak dijamin, saya terpaksa duduk di penjara. Alhamdulillah kerana bagi peluang kepada saya untuk buka buku baru.

“Saya minta maaf atas kesilapan saya dan berjanji dengan bantuan yang diberikan saya akan memulakan hidup baru,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Badan Ke­pimpinan Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah membayar ikat jamin Nor Amira yang juga ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun sebanyak RM2,000.

Nor Amira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri tabung di sebuah masjid di Padang Pauh di sini, Sabtu lalu.

Berita berkaitan: Tukang cuci mengaku tak salah curi RM40 tabung masjid

Bagaimanapun wanita itu terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Kaki Bukit selepas membayar ikat jamin sebanyak RM2,000.

Nor Amira dibebaskan dengan ikat jamin selepas berdepan pertuduhan mencuri tabung masjid di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Menurut Abu Bakar, usaha tersebut dilakukan kerana tidak mahu rakyat yang sudah pun berdepan dengan kesempitan hidup ditambah lagi kesusahan mereka terutama ketika pandemik Covid-19.

“Sekurang-kurangnya pertolongan ini membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan sentiasa pandang serius dengan kes-kes kecurian yang berlaku.

“Kita tahu mencuri itu salah daripada segi agama dan undang-undang tetapi kita akan cuba atasi kerana tidak mahu perkara yang sama berulang di tempat lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan pihaknya telah beberapa kali membantu wanita berkenaan termasuk urusan rumah sewa.

Katanya, kes wanita itu juga telah dirujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan untuk membantu memantau keadaan dan keperluannya secara berkala.

Menurutnya, wanita tersebut yang masih bergelar isteri namun difahamkan dalam proses pembubaran perkahwinan sebelum ini pernah dirujuk berkaitan permasalahan keluarga dan bantuan segera telah dihulurkan.

“Selain itu, isu yang dihadapinya turut dirujuk kepada agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan sokongan.

“Wanita ini mempunyai seorang anak lelaki dan kanak-kanak itu tinggal bersama keluarga mentua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI