fbpx

Ridzuan Puzi terlepas genggam emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dek Wan terlepas untuk pertahankan pingat emas di Tokyo sebentar tadi.

IMPIAN atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan pingat emas acara 100 meter (m) lelaki T36 (cerebral palsy) di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila mengakhiri saingan tempat keempat.

Mohamad Ridzuan atau dikenali dengan panggilan mesranya ‘Dek Wan’ memulakan larian dengan baik dan berpeluang meraih pingat namun dilihat berdepan masalah pada penghujung garisan penamat sebelum dipintas pelari lain.

Pelari berusia 33 tahun itu menamatkan saingan dengan catatan 12.15 saat dan jauh daripada rekod peribadi terbaiknya, 11.87s sekali gus terpaksa melepaskan pingat emas yang diraih sewaktu melakar sejarah di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Pingat emas menjadi milik pelari China, Peicheng Deng yang menamatkan saingan dengan catatan 11.85 sekali gus mencatat rekod baharu temasya.

Pelari Australia, James Turner yang dijangka meraih emas di Tokyo terpaksa berpuas hati pingat perak dengan catatan 12.00s dan gangsa menjadi milik pelari Argentina, Alexis Sebastian Chavez 12.02s. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI