fbpx

Projek pembangunan di Kelantan siap ikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tiga dari kiri) meninjau projek naik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kerajaan akan memastikan semua projek pembangunan yang telah dirancang dan dibina di Kelantan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah itu bertepatan dengan saranan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semasa menyampaikan titah perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob pada 23 Ogos lalu.

“Saya berharap kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek-projek utama di negeri ini akur dengan titah Baginda.

“Mereka perlu menyiapkan projek yang telah ditetapkan mengikut perancangan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek naik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastuktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Seri Azami Mohd. Nor dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan, Ir. Suhaili Ismail.

Menurut Mustapa, projek menaik taraf LTSIP yang menelan belanja sebanyak RM440 juta itu dijangka akan siap pertengahan tahun 2024.

Katanya, skop utama kerja naik taraf itu merangkumi pembesaran dan menaik taraf bangunan terminal sedia ada bagi meningkatkan kapasiti daripada 1.5 juta penumpang setahun kepada 4 juta untuk tempoh yang sama apabila siap nanti. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI