fbpx

Polis serbu makmal mini, rampas dadah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menunjukkan sebahagian syabu dan heroin yang dirampas selepas menyerbu makmal mini memproses dadah di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada hari ini.

SUNGAI PETANI – Polis membongkar sebuah makmal mini untuk memproses dadah dan merampas 122 bungkusan plastik lut sinar seberat 54.8 kilogram (kg) disyaki heroin selepas menyerbu sebuah rumah di Cinta Sayang Resort di sini pada Khamis lalu.

Dalam serbuan pukul 8.15 malam itu, polis turut merampas enam bungkusan syabu seberat 6.3 kg serta satu plastik heroin base seberat 375.1 gram selain peralatan disyaki digunakan untuk memproses dadah.

Terdahulu, polis pada hari sama menyerbu di dua lokasi di Taman Sultan Abdul Halim dan Taman Pulasan Alor Mengkudu, Alor Setar dekat sini serta merampas 6 kg heroin dan syabu.

Kesemua rampasan dadah berjumlah 67 kg itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Ia boleh digunakan oleh 300,000 penagih dadah sekiranya terlepas ke pasaran.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kegiatan memproses dan mengedar heroin serta syabu didalangi dua lelaki tempatan.

Sindiket itu menjadikan sebuah rumah di Cinta Sayang Resort sebagai makmal memproses dadah sintetik untuk pasaran negeri ini dan beroperasi sejak tiga bulan lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI