fbpx

Pesakit Covid-19 kategori 3 perlu buat penilaian di MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin, bersama beberapa kakitangan Hospital Tampin, di bilik gerakan ketika Program Lawatan Menteri Kesihatan ke Negeri Sembilan, hari ini.

TAMPIN – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan kesemua pesakit Covid-19 kategori 3 yang menjalani kuarantin di rumah perlu sentiasa membuat penilaian menerusi Home Assessment Tool di aplikasi MySejahtera.

Khairy berkata, usaha untuk menurunkan kadar kes kematian di rumah (BID) dapat dijayakan sekiranya mereka berkuarantin di rumah melaksanakan kawalan kendiri dan peperiksaan kendiri untuk memantau status kesihatan mereka.

Menurutnya, sekiranya terdapat simptom seperti sukar bernafas, sakit dada atau paras oksigen kurang 95 peratus, pesakit perlu segera menghubungi ambulans dan mendapatkan kemasukan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Bagaimanapun, KKM memberi keutamaan kepada pesakit kategori 3 yang mempunyai komobid untuk mendapatkan rawatan di hospital ataupun di PKRC.

“Pesakit yang tidak ada komobid, KKM masih sarankan mereka kuarantin di rumah tetapi saya ingin tegaskan dalam kes-kes tertentu, kita bagi pengecualian contohnya wanita hamil, keadaan rumah tidak mengizinkan atau warga emas. Kita benarkan walaupun kategori 3,” katanya sempena program lawatan ke Hospital Tampin di sini hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI