fbpx

Netizen perlu puji sikap atlet Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semangat kesukanan ditampilkan altet Greece kepada atlet Malaysia

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang sebelum ini mengecam beberapa orang atlet luar setelah tidak berpuas hati dengan tindakan yang mereka lakukan kepada atlet negara perlu bertindak sebaliknya.

Rata-rata orang ramai sebelum ini bertindak sedemikian, apa kata kali ini tunjukkan rasa terima kasih dan sisi baik rakyat Malaysia.

Terbaharu, ketika pemenang pingat emas ketiga negara, Abdul Latif Romly cedera ketika saingannya sebentar tadi, pesaing terdekatnya dari Greece, Athanasios Prodromou menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan.

Menerusi siaran langsung pusingan akhir acara lompat jauh di Paralimpik Tokyo 2020 petang tadi, penonton tempatan boleh menyaksikan Prodromou terus menyapa dan bertanyakan keadaan Abdul Latif.

Beliau dilihat berlari dan terus memanggil pegawai perubatan bagi memastikan Abdul Latif diberi rawatan awal.

Prodromou turut dilihat menyapu pasir yang melekat di badan Abdul Latif setelah wira negara itu dinaikkan di atas kerusi roda.

Abdul Latif diusung ke atas kerusi roda selepas mengalami kecederaan

Untuk rekod, Abdul Latif berjaya memperolehi pingat emas manakala atlet dari Greece itu memenangi pingat perak acara berkenaan.

Orang ramai yang turut menyaksikan detik tersebut memuji tindakan yang dilakukan oleh atlet Eropah itu dan menyeru agar rakyat lain untuk berterima kasih kepadanya.

“Kalau sebelum ni kita asyik mengecam, kenapa tak kali ni kita ucapkan terima kasih pulak ye tak?

” Terima kasih Thanasis Prodromou di atas perkara yang kamu lakukan kepada atlet kami, Abdul Latif Romly. Tahniah ke atas kejayaan anda, “jelas Rafie Azimi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI