fbpx

Monyet kebuluran, geledah rumah penduduk Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebelum pandemik Covid-19, monyet-monyet di Hutan Monyet Sangeh bergantung kepada pengunjung untuk mendapatkan makanan. - DaBigCNews

JAKARTA – Monyet-monyet di sekitar pulau pelancongan popular Indonesia, Bali, bertindak menggeledah rumah orang awam untuk mencari makanan akibat kebuluran, lapor laman berita Sky News semalam.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan bilangan pelancong di Bali berkurang, sekali gus mengakibatkan monyet-monyet di Hutan Monyet Sangeh kebuluran kerana tiada yang memberi makan. 

Menurut penduduk kampung sekitar, monyet-monyet tersebut dilihat keluar dari kawasan hutan tersebut dan memanjat ke bumbung-bumbung rumah berdekatan untuk mendapatkan makanan.

Bagi menghalang kejadian itu daripada berterusan, penduduk tempatan membawa buah-buahan, kekacang dan beberapa makanan lain ke Hutan Monyet Sangeh untuk diberikan kepada haiwan-haiwan tersebut.

“Kami bimbang haiwan itu akan menjadi liar dan ganas,” demikian luah seorang penduduk kampung, Saskara Gutsu Alit.

Hampir 600 ekor monyet tinggal di hutan tersebut yang juga menjadi lokasi bagi kuil Pura Bukit Sari.

Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama Bali dengan lebih lima juta pengunjung melawat pulau itu setiap tahun sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Hutan Monyet Sangeh lazimnya menerima sekitar 6,000 kunjungan sebulan, namun ketika pandemik, jumlah pengunjung merosot kepada 500 orang.-  Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI