fbpx

Mayat lelaki pakai gelang merah jambu ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemukan memakai gelang merah jambu terapung di Sungai Semantan di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Mayat seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu ditemukan terapung di Sungai Semantan berhampiran Jalan Ketapa di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, mayat mangsa Kamaruddin Hamid,51 ditemukan dalam keadaan terapung oleh seorang lelaki yang memancig di tebing sungai berkenaan kira-kira pukul 1.35 petang.

“Mayat dalam keadaan meniarap itu tersangkut pada pokok dan pada tangannya terdapat gelang merah jambu iaitu gelang pengawasan dan pemerhatian bagi kontak rapat kes Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

“Berdasarkan pemeriksaan di bahagian luaran tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Roslee mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, hasil pemeriksaan dengan pihak Jabatan Kesihatan Daerah mendapati mangsa telah melakukan pemeriksaan Covid-19 pada 25 Ogos lalu dan didapati negatif.

“Melalui pemeriksaan rekod jenayah mangsa terdapat 15 kes yang direkodkan iaitu 10 kes di bawah kesalahan jenayah narkotik dan lima kes di bawah kesalahan jenayah kecurian,”ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI