SEPERTI yang diketahui ramai, Toyota Alphard atau Velfire sering dijadikan kenderaan alternatif bagi golongan elit untuk bergerak ke mana-mana, selain kereta sedan bertaraf limosin. Saiznya yang boleh dikatakan besar berbanding kereta biasa mungkin salah satu sebab kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dijadikan pilihan. Kehadiran varian Royal Lounge Toyota yang hanya menawarkan empat tempat duduk berbanding tujuh dan lapan bagi varian lain telah menaikkan lagi imej kenderaan ini. Rentetan sambutan yang ditunjukkan terhadap varian tersebut, pada tahun 2019, ‘saudara’ Toyota yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya