fbpx

Latif raih emas Paralimpik penuh dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LATIF memenangi pingat emas lompat jauh T20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - FB MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

PINGAT emas ketiga Malaysia berjaya disumbangkan menerusi atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Latif turun selaku pemegang rekod dunia dan Paralimpik, tampil dengan lompatan terbaik untuk memenangi acara lompat jauh T20 sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya sewaktu edisi Sukan Paralimpik Rio 2016.

Atlet kelahiran Perlis itu memastikan kejayaannya dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua pada saingan yang berlangsung dalam keadaan hujan.

Keadaan bertukar cemas apabila Latif mengalami kecederaan pada lompatan kelima sehingga menyaksikan dia terpaksa menggunakan kerusi roda selepas itu.

Kecederaan itu menyebabkan Latif tidak berupaya memecahkan rekod Paralimpik yang dilakukannya sewaktu edisi Rio 2016 dengan 7.60m dan rekod dunia menerusi jarak 7.64m dilakarnya pada Sukan Para Asia 2018.

Bagaimanapun, pingat emas sah menjadi milik Latif selepas atlet Greece, Athanasios Prodromou gagal melepasi catatannya dan terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua menerusi jarak 7.17m.

Pingat gangsa pula berjaya dimenangi Nicholas Hum dari Australia selepas membuat lompatan sejauh 7.12m.

Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga para negara, Wong Kar Gee menamatkan acara lompat jauh kategori T13 di tempat keenam dengan catatan 5.93m selepas terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada sesi sebelah pagi.

Atlet berusia 30 tahun itu tergelincir ketika melakukan lompatan keempat menyebabkannya gagal meneruskan saingan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI