fbpx

Kesuburan lelaki merosot pada usia pertengahan 40-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar mendapati kualiti sperma merosot seiring dengan pertambahan usia. - Getty Images

CANBERRA, AUSTRALIA – Satu kajian klinikal terbaharu mendapati kadar kesuburan lelaki merosot ketika mereka mencapai usia pertengahan 40-an, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari sebuah klinik rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), Genea itu mendedahkan bahawa kualiti sperma merosot seiring dengan peningkatan usia.

Pakar Kesuburan di klinik tersebut, Dr. Cheryl Pua berkata, keadaan itu bertambah buruk bagi mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas.

Hal ini kerana terdapat pengurangan dalam bilangan sperma yang bergerak dan kerosakan pada maklumat berkenaan asid deoksiribonukleik (DNA) yang disimpan oleh sperma.

“Kami mendapati terdapat kemerosotan ketara dalam kualiti sperma yang dihasilkan kerana kerosakan pada DNA atau maklumat genetik yang dimiliki sperma,” kata Cheryl.

Kajian tersebut dilakukan dengan mengambil sampel sperma daripada lebih 40,000 lelaki.

Masalah kesuburan akan menyebabkan pasangan sukar untuk hamil selain masalah keguguran turut lebih kerap berlaku. 

Sebelum ini, terdapat kajian yang mengatakan bahawa kesuburan lelaki berkurang secara drastik selepas usia 50 tahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI