fbpx

Kalau orang meninggal, saya sampai – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN

PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin mendedahkan bahawa dia tidak suka menghadiri kenduri kahwin atau memenuhi undangan majlis perkahwinan termasuk jemputan daripada rakan selebriti.

Zul bagaimanapun memberitahu, kalau ada orang meninggal dunia, dia lebih suka menghadirkan diri kerana baginya, kematian itulah destinasi semua orang pada penghujung hayat.

“Kalian tahu tak, kalau orang kahwin tak kisahlah artis atau kawan, saya jarang pergi, but tell you this (saya nak beritahu ini), kalau orang meninggal, saya sampai. Itu saya daripada dulu.

“Sebab saya tengok (orang meninggal dunia), saya akan berfikiran itulah destinasi kita semua. Tak pergi mana. Situlah destinasi kita semua,” ujarnya dalam satu video TikTok yang masih dalam kalangan netizen.

Ujar Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) itu lagi, dia tidak berniat untuk tunjuk bagus namun itu sekadar perspektif dirinya.

“Maaf kalau membebel. Saya bukan nak jadi gempak tetapi saja berkongsi. Itu saya punya perspektif, minta maaf,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, aktor berusia 35 tahun itu dilihat semakin cenderung mendekatkan diri ke arah agama. Pada 25 ogos lalu, Kosmo! Online melaporkan, pelakon bertubuh tegap itu berdepan fasa kemurungan sehingga menyebabkan emosi dan fikirannya terganggu.

Perkara tersebut dikongsi pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menerusi satu siaran langsung Instagram sehingga dia menitiskan air mata ketika bercerita tentang kehidupan serta perasaannya kepada pengikut Instagramnya.

Zul juga dilihat semakin kerap bercerita tentang kebaikan serta mengikuti pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kebajikan.

Dalam posting terbaru Ebit dalam Instagram, dapat dilihat Zul mengendong sendiri beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan bersama pendakwah itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI