fbpx

Itali terkilan biarpun kebal tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Itali menunjukkan reaksi kecewa apabila sekadar seri dengan Bulgaria di Stadium Artemio Franchi awal pagi semalam. – AFP

FLORENCE – Itali berjaya menyamai rekod tanpa kalah pernah dilakukan Sepanyol dalam 35 perlawanan antarabangsa berturut-turut selepas seri 1-1 menentang Bulgaria dalam aksi peringkat Kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Artemio Franchi itu, The Azzurri yang masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Euro 2020, berjaya meraih jaringan menerusi Federico Chiesa tetapi kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Atanas Iliev menyamakan kedudukan buat Bulgaria.

Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini menegaskan, ketumpulan jentera serangan pasukannya menjadi punca mereka hanya mampu meraih satu mata meskipun mendominasi 90 minit permainan.

“Ini adalah perlawanan pertama kami selepas bergelar juara Eropah dan saya sudah jangka pemain masih lagi kepenatan selepas mengharungi jadual padat. Bagaimanapun, saya tetap percaya kami sepatutnya boleh meraih tiga mata.

“Cuma beberapa kesalahan mudah dilakukan selain ketumpulan jentera serangan menyaksikan kami terpaksa akur sekadar meraih keputusan seri di laman sendiri. Saya harap kami bangkit dalam dua perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, kapten Itali, Leonardo Bonucci menggesa rakan-rakannya melipatgandakan usaha bagi memastikan mereka kembali berada pada landasan kemenangan untuk dua aksi menentang Switzerland dan Lithuania nanti.

“Saya kecewa kerana kami mahu menghadiahkan kemenangan kepada semua penyokong yang hadir untuk menyaksikan pasukan buat kali pertama sejak Euro yang lepas.

“Namun, inilah lumrah bola sepak dan kami tidak boleh terus mendabik dada. Kami perlu be­kerja keras untuk dua aksi selepas ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI