fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir serta hujan lebat ialah di Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Selangor.

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Seremban, Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan selain di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Turut dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat ialah Melaka, serta beberapa kawasan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI