fbpx

Guru tak vaksin pentingkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengguna media sosial hari ini menyatakan bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung isu larangan mengajar bersemuka oleh guru yang enggan divaksin.

Menerusi ratusan komen yang ditinggalkan pengguna di laman Instagram Kosmo! Online, majoriti pengguna platform tersebut turut mempersoalkan bagaimana isu tersebut boleh berbangkit dan menyifatkan ia sebagai pentingkan diri sendiri.

“Siapa la yang tidak mahu divaksin tu ye. Pelik lah, pentingkan diri sendiri betul. Benda (Covid-19) berjangkit kot, kalau tak berjangkit dan tak bahayakan orang lain tiada siapa peduli nak vaksin atau tidak,” kata @miss_el_273.

“Bertanggungjawablah sikit, fikirkan risiko kepada anak-anak murid tu nanti. Vaksin ini ikhtiar lawan Covid-19, kes dah banyak pun masih ada degil lagi. Cikgu pula tu,” getus @remyrai.

Pengguna media sosial turut mengemukakan cadangan cadangan agar guru yang enggan divaksin itu dilarang daripada memasuki pekarangan sekolah termasuk dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan tersebut.

“Mewajibkan guru mengambil vaksin adalah melanggar hak asasi manusia, hak KPM adalah hanya perlu mewartakan kawasan dalam sekolah sebagai ‘fully vaccinated area’. Tiada vaksin tidak dibenarkan masuk.

“Jadi guru-guru yang enggan vaksin tu, anda diharamkan masuk kecuali sekolah itu bapa anda punya. Jadi, jika anda tidak hadir bertugas tunggu sajalah surat penamatan tugas. Guru ada hak, KPM pun ada hak,” jelas @che.zu.cooking.

Terdahulu, akhbar Kosmo! hari ini melaporkan bahawa Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, mengumumkan bahawa guru yang enggan divaksin tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dengan pelajar.

Jelas beliau, garis panduan akan dikeluarkan pihak kementerian dalam masa terdekat untuk menentukan tuga-tugas guru yang enggan divaksin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI