fbpx

Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gemba bumi kecil dikesan berlaku di Kundasang, Sabah.

PETALING JAYA – Gempa bumi lemah berukuran 3.4 skala Richter telah berlaku di Kundasang, Sabah pada pukul 6.20 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur di Kundasang.

“Gempa bumi itu dikesan 12 kilometer Barat Laut dari Ranau, Sabah dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI