fbpx

Fenomena jersi No. 7 Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO kembali menggunakan nombor tujuh selepas Cavani menukar jersi No. 21 musim ini. – MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengumuman nombor jersi tujuh yang akan digunakan Cristiano Ronal­do bersama Manchester ­United pada musim ini berjaya mencipta impak dan fenomena tersendiri dalam kalangan para penyokong tegar kelab berkenaan.

Ia selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) memberikan ‘lampu hijau’ kepada United untuk memberikan No. 7 kepada Ronaldo selepas Edinson Cavani mengalah dan memilih jersi bernombor 21 ditinggalkan Daniel James yang menyertai Leeds United.

Ia sekali gus menyaksikan pemenang lima Ballon d’Or itu kini kembali menggunakan nombor jersi keramatnya yang pernah digunakannya ketika kali pertama mewakili The Red Devils dari 2003 hingga 2009.

Kepulangan semula Ronaldo, 36, ke Old Trafford musim ini sememangnya dinanti-nantikan semua penyokong United sehinggakan tiket perlawanan EPL menentang Newcastle United di laman sendiri pada 11 September ini telah habis dijual.

Difahamkan, United bakal menerima £5 (RM28.71) bagi setiap sehelai penjualan jersi No. 7 ­Ronaldo.

Ronaldo mungkin turun bertemu Newcastle minggu depan.

Menariknya, ada yang sanggup membayar sebanyak £2,514 (RM14,463) untuk membeli semula tiket yang kebiasaannya dijual dalam lingkungan harga £250 (RM1,438) hingga £699 (RM4,021) bergantung kepada kedudukan tempat duduk di Old Trafford.

Ia selepas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memberi jaminan tidak akan meletakkan Ronaldo yang juga penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa dengan 111 gol di bangku simpanan ketika menentang Newcastle.

“Ronaldo tidak dibeli untuk duduk di bangku simpanan. Dia mampu meningkatkan kekuatan pasukan, jadi saya harap dia dapat membuktikan apa yang telah dilakukan sepanjang karier­nya,” kata Solskjaer.

Bekas bintang Real ­Madrid dan Juventus itu mendapat pelepasan untuk pulang awal ke England daripada pengendali Portugal, Fernando Santos yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmatnya dalam dua aksi antarabangsa selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI