fbpx

El Nino punca patin muncung pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan patin muncung terakhir yang berjaya ditangkap oleh seorang nelayan Mat Piah di Sungai Pahang sekitar 2015.

MARAN – Seorang nelayan mendakwa kepupusan ikan patin muncung di Sungai Pahang sejak tujuh tahun lalu adalah di­sebabkan El Nino yang melanda pada 2015 dan 2016 hingga me­ngakibatkan air surut dan menampakkan tebing pasir.

Lebih memburukkan keadaan apabila kejadian itu telah mengganggu habitat ikan air tawar tersebut selain mengakibatkan makanan utama ikan itu iaitu etak juga pupus akibat diambil secara berlebihan oleh orang ramai.

Mat Piah Jusoh, 63, mendakwa, musim kemarau itu telah menyebabkan kebanyakan kawasan Sungai Pahang menjadi kering.

“Ketika itu, banyak kawasan berpasir yang menjadi habitat siput dan etak timbul hingga menyebabkan orang ramai meme­nuhi sungai untuk mengutip etak, bukan sahaja untuk dimakan, malah dijual hingga ke Kelantan.

Berita berkaitan: Patin muncung harga emas

“Dalam masa sama, ikan patin muncung yang biasanya berada dalam kumpulan juga terancam akibat perubahan habitat serta terjerat pada jaring yang dipasang,” katanya ketika ditemui semalam.

Orang ramai mengambil etak di Sungai Pahang ketika kejadian kemarau akibat fenomena El Nino di Sungai Pahang beberapa tahun lalu.

Pada 31 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan harga ikan patin muncung ibarat emas apabila mencecah RM450 sekilogram kerana diancam kepupusan selain menjadi buruan peminatnya ekoran rasanya yang manis dan halus.

Dalam pada itu, Mat Piah yang menjadi nelayan Sungai Pahang sejak lebih 40 tahun lalu berkata, patin muncung ibarat emas kerana harganya yang mahal dan sukar diperoleh, tetapi mempunyai rasa yang begitu enak.

Katanya, kali terakhir dia dapat menangkap ikan patin muncung seberat kira-kira tiga kilogram ialah pada 2015 sebelum kejadian luar biasa apabila Sungai Pahang menjadi kering.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI