NAMA penyanyi lagu saduran, Azman Naim tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial hari ini.
Paling membanggakan, dia turut memikat hati istana apabila diburu dan sudah tiga kali menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim untuk berbincang banyak perkara termasuk isu semasa.
Semakin melebarkan kerjayanya dalam bidang seni, terbaharu Azman disambar pengarah prolifik Mamat Khalid untuk muncul dalam drama sebuah jenama naskhah popular, Kampung Pisang.
Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja walaupun Azman hanya memuat naik sedutan babak pendek dari drama tersebut dalam akaun TikToknya.
Video tersebut juga sudah ditonton lebih 700,000 pengguna TikTok dan mendapat 54,000 tanda suka.
“Aduh janganlah separuh-separuh begini. Main hati dan perasaan,” komen seorang pengguna TikTok.
Kemunculan Azman dalam karya Mamat bagaimanapun menimbulkan tanda-tanya. Tunggu!