fbpx

Air Selangor dalam proses rawatan air LRA Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) kini dalam proses untuk memulakan rawatan air Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sebelum menyalurkan kepada para pengguna di 463 kawasan yang terjejas.

Air Selangor berkata, ini setelah bacaan 0 ton dicatatkan sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan di Sungai Semenyih pukul 6 pagi tadi.

Menurutnya, sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19.

“Segala usaha sedang diambil bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.

Air Selangor menjelaskan susulan henti tugas LRA itu menyebabkan 463 kawasan di lima daerah seperti yang berlaku pada Selasa lalu mengalami gangguan bekalan air.

“Ini termasuk Sepang dengan 194 kawasan diikuti Petaling (172), Hulu Langat (54), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20),” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan kehidupan hampir sejuta penduduk lima wilayah kembali sengsara apabila Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA) dihenti tugas buat kali kedua dalam tempoh selang empat hari.

Henti tugas itu bermula pukul 5.15 petang tadi berpunca daripada pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI