PUTRAJAYA – Sebanyak 19,057 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,824,439 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 3,775 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 2,723 kes, Sabah sebanyak 2,279 kes dan Johor sebanyak 2,077 kes.
“Pulau Pinang (1,558 kes), Perak (1,450 kes), Kelantan (1,434 kes), Kedah (1,329 kes), Kuala Lumpur (711 kes), Terengganu (605 kes), Pahang (410 kes), Melaka (338 kes) dan Negeri Sembilan (242 kes).
“Selebihnya Perlis (99 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (sembilan kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K! ONLINE.