fbpx

Zizi Kirana tidak tolak jodoh dengan Yusuf Bahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT mendoakan agar Zizi dan Yusuf berjodohan.

PETALING JAYA – Tampil menjawab gosip cinta dengan Yusuf Bahrin, penyanyi rap terkenal, Zizi Kirana mengakui hatinya terbuka dan tidak menolak jodoh dengan pelakon itu.

Akui Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, hubungannya dengan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu kini berada dalam fasa sebagai kawan baik.

Menurut Zizi, dia mula bertemu dengan Yusuf sejak rakaman program All Together Now Malaysia sekitar Mac lalu.

“Ya, kami berkawan baik dan saya selesa dengan Yusuf. Tapi kami tak pernah berjumpa atau keluar ‘dating’ pun, hanya berhubung menerusi telefon.

“Kalau boleh saya tak mahu letakkan sebarang harapan yang tinggi terhadap hubungan ini. Takut kalau tidak jadi, kemudian kecewa,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Mengulas mengenai panggilan sayang daripada Yusuf, pelantun lagu Eh! itu memberitahu perkara tersebut berlaku secara spontan dan sekadar gurauan dalam satu sesi siaran langsung Instagram baru-baru ini.

Malah, dia juga tidak menyangka ramai yang memberi restu terhadap hubungannya dengan pemilik nama penuh Muhammad Yusuf Bahrin, 29, itu.

“Panggilan itu kami main-main sahaja tetapi tidak sangka ramai peminat yang memberi ‘lampu hijau’ terhadap kami. Bahkan ada juga yang mendoakan jodoh kami sehingga tular juga video itu dalam TikTok.

“Jika benar jodoh saya dengannya, saya tidak menolak. Doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya lagi.

Ditanya sama ada dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri, bekas ahli The Fabulous Cat itu mengakui sudah bersedia.

“Umur pun semakin meningkat dan sekarang bukan masa untuk main-main.

“Saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi biarlah masa yang menentukannya. Kalau boleh saya nak bercinta selepas kahwin sahaja,” ujarnya lagi.

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa video dalam TikTok memaparkan Yusuf memanggil Zizi dengan gelaran sayang.

Susulan daripada video tersebut, rata-rata netizen menitipkan doa agar hubungan Zizi dan Yusuf berakhir ke jenjang pelamin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI