fbpx

Warga emas rabun pandu kereta rempuh papan tanda SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda di SJR yang rosak selepas dirempuh kereta yang dipandu seorang warga emas di hadapan Pondok Polis Chekok, Tok Uban, Pasir Mas semalam. FOTO : IPD PASIR MAS

PASIR MAS – Seorang lelaki warga emas yang mengalami masalah rabun secara tidak sengaja merempuh papan tanda ketika memandu kereta di sekatan jalan raya (SJR) hadapan Pondok Polis Chekok, Tok Uban di sini semalam.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu menyebabkan papan tanda di SJR patah akibat dirempuh kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek berusia 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan mendapati, suspek sedang dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

Menurutnya, cuaca ketika itu hujan lebat dan apabila tiba di lokasi SJR, kereta yang dipandu warga emas berkenaan dipercayai gagal mengelak papan tanda sebelum merempuhnya.

“Meskipun menyedari kejadian tersebut, lelaki itu meneruskan perjalanan memandangkan keadaan hujan lebat sehingga dia tidak dapat berhenti di SJR berkenaan.

“Bagaimanapun, warga emas itu berjaya ditahan di pekarangan Balai Polis Melor, Kota Bharu semalam. Siasatan awal mendapati, lelaki itu bekerja sebagai petani dan mempunyai masalah rabun akibat selaput pada bahagian mata,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, berdasarkan pemeriksaan, warga emas itu memaklumkan bahawa dia pergi Tanah Merah untuk membeli alat ganti mesin baja miliknya yang telah rosak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI