fbpx

Vinales lulus ujian pertama Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES berpuas hati dengan prestasinya bersama jentera Aprilia pada sesi ujian tertutup di Litar Misano baru-baru ini. – MOTOGP

MISANO – Pelumba baharu pa­sukan Aprilia, Maverick Vinales menyuarakan kegembiraannya selepas berjaya menampilkan tunggangan terbaik pada sesi ujian tertutup di Litar Misano, Itali baru-baru ini.

Aprilia hanya memerlukan beberapa sesi ujian sebelum membuat keputusan menurunkan Vinales menghadapi perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Litar Motorland Aragon, Sepanyol pada 12 September ini.

Selepas berpisah dengan Yamaha, pelumba Sepanyol itu mengakui, dia semakin mendapat rentak bersama Aprilia kerana­ merasakan jentera baharunya ketika ini amat sesuai de­ngan gaya tunggangannya.

“Sepanjang lima tahun di sana (Yamaha), saya berdepan kesukaran untuk memahami sesuatu sehingga sampai satu masa timbul persoalan apa yang perlu saya lakukan. Selepas menyertai Aprilia, baru saya tahu potensi diri saya yang sebenar.

“Secara jujur, saya tidak tahu apa yang boleh dijangka daripada sesi ujian ini kerana belum pernah menggunakan enjin V4. Bagaimanapun, saya agak terkejut kerana dapat cepat menyesuaikan diri dengan jentera,” kata Vinales.

Meskipun gembira dengan sesi ujian yang dilakukan, namun Vinales berharap dapat ‘mencuri’ sesuatu daripada pelumba sedia ada, Aleix Espargaro bagi menghasilkan prestasi maksimum bersama jentera baharunya itu.

“Saya perlu ubah gaya ketika melakukan brek kerana jentera ini sangat berbeza. Mungkin saya perlu ambil sedikit ilmu daripada Aleix (Espargaro) mengenai gaya brek yang sempurna untuk jentera ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI