fbpx

Tukang cuci curi tabung masjid sudah banyak kali dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Nor Amira dituduh mencuri tabung masjid di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kepada wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mencuri tabung masjid di Padang Pauh dekat sini.

MAIPs dalam kenyataan memaklumkan, kes wanita itu juga telah dirujuk kepada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bantu memantau keadaan dan keperluannya secara berkala termasuk bantuan rumah sewa.

Katanya, wanita terbabit yang difahamkan dalam proses pembubaran perkahwinan sebelum ini pernah dirujuk berkaitan permasalahan keluarga dan bantuan segera telah dihulurkan.

“Selain itu, isu yang dihadapi wanita itu turut dirujuk kepada agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan sokongan, serta turut mendapat bantuan NGO yang amat prihatin,” katanya

MAIPs berkata, pihaknya berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan sebaiknya, selaras dengan petunjuk daripada contoh tauladan golongan terdahulu.

“Pihak tertuduh wajar diberikan ruang untuk kembali mengubah diri dan dalam masa sama, pengurusan masjid juga harus diberikan ruang untuk menjalankan peranan mereka sewajarnya,” ujarnya.

Tambahnya, isu saringan awal pihak berkuasa berkaitan positif bahan terlarang dan sebarang isu lain yang tidak membabitkan pihak masjid, MAIPs menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang wanita, Nor Amira Roslan, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri tabung mengandungi wang sebanyak RM40 di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh dekat sini pada Sabtu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI