fbpx

Trio serangan Les Blues ‘lemau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN (belakang) menyelamatkan maruah Perancis dengan gol penyamaan ke atas Bosnia-Herzegovina. – AFP

STRASBOURG – Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps kecewa dengan prestasi barisan pemainnya yang sekadar seri 1-1 dengan Bosnia-Herzegovina pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Meinau awal pagi semalam.

Trio serangan terdiri daripada Antoine Griezmann, Karim Benzema dan Kylian Mbappe ternyata gagal menampilkan penyudah lebih berkesan apabila cuma meledak satu gol buat Les Blues sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Pada aksi tersebut, Bosnia terlebih dahulu mendahului perlawanan pada minit ke-36 menerusi penyerang, Edin Dzeko sebelum Griezmann menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

“Ada beberapa perkara yang boleh dilihat dalam perlawanan ini termasuk dari segi berpasukan serta individu. Pasukan lawan cuba tidak memberikan banyak ruang kepada kami untuk bergerak.

“Memang kami ada cipta beberapa peluang untuk jaringkan gol pada separuh masa pertama, namun ia tidak disempurnakan sepenuhnya. Sebab itulah saya mahu tiga pemain serangan ini tingkatkan permainan mereka,” kata Deschamps.

Walaupun sekadar mencatat keputusan seri, namun juara dunia itu masih mengungguli saingan Kumpulan D dengan lapan mata selepas mencatat dua kemenangan dan dua seri.

“Saya sudah jangka saingan kelayakan sentiasa menjanjikan aksi sukar. Walaupun kecewa tetapi kami perlu berpuas hati kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Jules Kounde dilayangkan kad merah,” ujar Deschamps – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI