fbpx

Tempoh perbaharui lesen dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong bercakap pada sidang akhbar di kementeriannya di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan bersetuju melanjutkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember depan.

Selaras dengan keputusan itu, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan serta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember depan.

Pada masa sama, mangsa tragedi banjir di Yan dan Merbok, Kedah turut dikecualikan daripada perlu membayar yuran penggantian bagi LKM dan LMM masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pengecualian bayaran itu adalah bagi LLM yang hilang dan LKM yang rosak akibat bencana banjir itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa banjir yang ingin mendapatkan pengecualian itu dikehendaki membawa bersama laporan polis ketika hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pengecualian ini hanya terpakai bagi mangsa banjir di Yan dan Merbok sahaja.

“Kami menerima banyak aduan daripada mangsa banjir di Yan dan Merbok yang mendakwa lesen memandu mereka hilang dihanyutkan air malah, ada juga cukai jalan yang rosak terkena air,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI