fbpx

Sherie sekeluarga dah potong gelang kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERIE MERLIS

PETALING JAYA – Pelakon Sherie Merlis memanjatkan syukur selepas dia dan keluarganya sudah menamatkan tempoh kuarantin selama 10 hari, semalam.

Perkara berkenaan dikongsikan Sherie, 49, menerusi sebuah video yang dimuat naik awal pagi tadi dengan turut memaklumkan bahawa dia dan keluarganya sudah memotong gelang kuarantin yang dipakai mereka.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon filem Pintu Neraka itu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan ramai pihak kepadanya terutama pengasas bersama Kumpulan Megaklinik Zahran, Ummul Khairiyah Abdul Rahman dan Nafidz Razak yang digelar Kak Long dan Abang Long.

“Pada hari keempat kami sekeluarga dikuarantin di rumah, Kak Long ada sediakan dua orang pembantu kesihatan. Seorang membantu menjaga dan menguruskan mak saya, sementara seorang lagi bantu teman dan tengok-tengokkan saya.

“Apa yang dia buat ketika saya tak boleh nak fokus, sudah banyak membantu saya. Alhamdulillah. Saya ada masa untuk tidur, rehat dan buka media sosial untuk tengok semya mesej dan ambil tahu berita-berita berkenaan perkongsian video pertama saya tempoh hari.

“Masa itu, barulah saya faham kenapa ramai yang telefon sebab video tersebut tular. Ramai rakan artis yang tanya khabar saya dan keluarga, terima kasih saya ucapkan,” katanya.

Membuka ruang untuk menceritakan keadaan sebenar daripada semua pihak yang terlibat, Sherie akan mengadakan satu sesi siaran langsung dalam Instagramnya pukul 2.30 petang ini.

Dalam sesi berkenaan, dia akan menjemput seorang wakil daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang doktor pakar yang mengendalikan kes adiknya.

“Saya fikir dengan keputusan terbaik adalah dengan cara buat siaran langsung dalam Instagram. Saya jemput seorang wakil KKM, doktor pakar serta Kak Long dan Abang Long.

“Jemput semua kepada yang berkenaan sebab agak penting untuk buat siaran langsung ini,” kata Sherie.

Terdahulu, Sherie dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk enam kanak-kanak menjalani tempoh kuarantin di Hotel Royal Chulan selama 10 hari.

Menerusi ujian calitan yang dilakukan, adik Sherie bersama suami dan dua anak kecil mereka didapati positif Covid-19, namun Sherie dan ahli keluarganya yang lain bagaimanapun tidak dijangkiti virus berkenaan.

Terdahulu, dalam laporan Kosmo! Online pada 22 Ogos lalu, Sherie merayu kepada orang ramai selepas buntu apabila adiknya yang positif Covid-19 tidak menjalani kuarantin di tempat yang sepatutnya.

Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat tersebut, dia meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI