fbpx

Sentuhan Giannelli semakin berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIANNELLI sudah meledak tiga gol bersama UiTM FC sejak beraksi secara pinjaman ke kelab tersebut Mei lepas.

PEMAIN berdarah kacukan dari pasukan UiTM FC, Sean Gan Gian­nelli mengakui lega selepas berjaya menambah koleksi ja­ringan dalam saingan Liga Super sekalipun gagal mempamerkan aksi konsisten pada musim ini.

Sebagai rekod, pemain ber­usia 25 tahun itu telah meledak tiga gol bersama The Lion Tropps selepas dipinjamkan daripada pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Mei lepas.

Kata Sean yang memiliki darah kacukan Itali, prestasi cemerlang yang dipamerkan ketika membenam Sabah FC 4-0 diharap dapat digunakan pada baki tiga perlawanan sebelum saingan Liga Super musim ini menutup tirai.

“Apabila saya buat keputusan untuk berhijrah secara pinjaman ke UiTM, memang ada tekanan untuk berikan yang terbaik. Namun, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan membantu untuk saya sesuaikan diri secepat mungkin.

“Kini, saya sudah menjaringkan tiga gol bersama UiTM FC dan harap dapat buat yang lebih baik pada baki perlawanan nanti,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II itu juga percaya UiTM FC yang dikendalikan oleh Riduan Abdullah dapat menamatkan kempen Liga Super dengan cemerlang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI