PUTRAJAYA – Sebanyak 19,378 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,805,382 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 3,613 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 2,464 kes dan Sabah sebanyak 2,404 kes.
“Johor (2,331 kes), Pulau Pinang (1,726 kes), Kedah (1,470 kes), Perak (1,389 kes), Kelantan (1,356 kes), Kuala Lumpur (740 kes), Pahang (559 kes), Terengganu (532 kes), Melaka (399 kes) dan Negeri Sembilan (270 kes).
“Perlis pula (80 kes), Putrajaya (41 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929