fbpx

Sazaliza kini COO baharu KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazaliza Zainuddin

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan terbaharu beberapa pengurusan kanannya dengan menyaksikan pelantikan Sazaliza Zainuddin sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

KWSP dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Sazaliza mengambil alih jawatan itu bermula 1 September lalu bagi menggantikan Datuk Mohd. Naim Daruwish yang telah bersara.

Menurutnya, Sazaliza pernah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers dari 1997 hingga 2006 sebelum memulakan kerjaya bersama KWSP pada 2006 sebagai Ketua Akaun di Jabatan Kewangan.

“Di KWSP, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Kewangan, Ketua Pengurusan Perolehan dan Ketua Audit Dalaman sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada 2017.

“Sebagai Ketua Pegawai Operasi yang baharu, beliau akan menyelia portfolio perkhidmatan operasi dan fungsi sokongan, dengan penekanan khusus terhadap pengurusan prestasi, penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan juga keperluan kontrak,” kata kenyataan itu.

Dengan perubahan portfolio itu juga, jawatan Ketua Pegawai Kewangan pula diisi oleh Mohamad Hafiz Kassim bermula pada 1 Ogos lalu.

Mohamad Hafiz akan bertanggungjawab bagi memastikan operasi Bahagian Kewangan dan Perkhidmatan KWSP berjalan dengan cekap dan berkesan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI