fbpx

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 10 pagi hari ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Kulim di Kedah serta serta beberapa kawasan di Perlis.

“Turut dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir adalah beberapa kawasan di Pulau Pinang serta Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Ribut petir dan hujan lebat turut dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang; Port Dickson, Negeri Sembilan; Tangkak, Johor; serta beberapa kawasan di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya juga Labuan,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, kejadian ribut petir turut diramalkan melanda Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bukit Mabong, Bintulu, Miri juga Marudi di Sarawak.

“Di Sabah pula, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Kuala Penyu dan Beaufort serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu juga Tuaran,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI