fbpx

Projek tebing runtuh Sungai Kelantan siap Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tengah) turun padang meninjau gerak kerja projek membaik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Kerajaan memberi jaminan projek membaik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan yang berlaku di Kampung Pohon Celagi di sini akan siap mengikut perancangan iaitu pada Mei tahun depan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek yang menelan belanja berjumlah RM45 juta itu melibatkan dua peringkat iaitu membina tebatan banjir di tebing sungai tersebut dan membina laluan air.

Menurutnya, perkara berkenaan turut dibincangkan setiap kali mesyuarat Kabinet terutamanya mengenai pembentangan gerak kerja projek tersebut.

“Melihat kepada perancangan pihak kontraktor, sebahagian besar tapak itu akan dapat disiapkan sekurang-kurangnya menjelang musim tengkujuh ini.

“Langkah itu dilakukan supaya kesan runtuhan seliranya berlaku banjir dapat dikurangkan. Pihak kementerian akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa terutamanya aspek gerak kerja yang telah dibuat ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan gerak kerja projek di Kampung Celagi di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu, pihak kementerian akan meminta Jabatan Pengairan dan Saliran supaya mengemukakan laporan mengenai perkembangan projek tersebut setiap minggu.

Katanya, hal ini kerana kementerian mengambil serius perkara tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI