BAGAN SERAI – Program Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang tertangguh disebabkan Covid-19 dijangka dapat diperhebatkan apabila negara mencapai fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ini kerana KRT merupakan salah satu jentera utama yang digerakkan dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata, ketika ini semua kegiatan KRT ditangguhkan berikutan situasi pandemik demi memastikan keselamatan masyarakat.
“Kita akan gerakkan semula program-program KRT setelah negara betul-betul selamat.
“Pematuhan sedia ada menyebabkan kegiatan masyarakat termasuk kenduri kendara dan aktiviti kesukanan tidak dapat diadakan,” katanya selepas melawat dan menyantuni masyarakat di Kampung Parit Haji Napis di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, kementerian tersebut bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan menggerakkan sukarelawan KRT bagi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929