fbpx

Penyamun cedera terkena tembakan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melepaskan tembakan menyebabkan seorang lelaki warga asing cedera.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat kes samun di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini cedera ditembak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari tadi melibatkan mangsa yang sedang mengeluarkan wang dari sebuah bank.

“Difahamkan empat suspek dipercayai dari negara Amerika Latin itu dikejar pihak polis selepas menyamun individu di luar bank berkenaan.

“Suspek dipercayai memancitkan tayar kereta mangsa ketika mangsa sedang mengeluarkan wang tunai sebanyak RM150,000 di bank terbabit,” katanya di sini hari ini.

Susulan kejadian itu katanya, pihak polis kemudian bertindak mengejar kenderaan dinaiki empat suspek berkenaan termasuk dua wanita dari kawasan bank terbabit hingga ke Jalan Berhala, Brickfields.

“Polis melepaskan tembakan bagi menghalang suspek melarikan diri menyebabkan seorang daripada mereka cedera.

“Semua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Polis juga berjaya merampas wang berjumlah RM150,000 yang disamun suspek berkenaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI