fbpx

Penunggang motosikal maut diseret lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 139 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Seorang penunggang motosikal maut manakala adiknya yang membonceng motosikal cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 139 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu menyaksikan mangsa, T. Vellasamygaenesan, 29, terperosok di bawah lori dan diseret kira-kira 10 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kilang Papan Batu 5 Mentakab ke kawasan Perindustrian Mentakab.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu lori nampak motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan masuk ke laluannya dan cuba mengelak ke kiri jalan tetapi jarak terlalu hampir menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung.

“Akibat kejadian, penunggang motosikal diseret kira-kira 10 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng mengalami kecederaan parah,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Roslee mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Sementara itu beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dijalankan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI