fbpx

Pemberian insentif bantu syarikat pengendali umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad (tengah) bersama ahli-ahli Puhaz semasa menerima sumbangan baucer daripada Tourism Perak.

IPOH – Pemberian insentif kerajaan negeri Perak kepada Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah (Puhaz) memberi sedikit kelegaan kepada para penggiat industri itu yang berhadapan dengan situasi sukar ketika ini.

Ia juga disifatkan sebagai tanda sokongan serta suntikan moral kepada pengendali haji dan umrah berikutan sekatan untuk mengerjakan ibadah itu disebabkan pandemik.

Timbalan Pengerusi Puhaz, Mohamad Jamaluddin berkata, industri pelancongan sememangnya terkesan sehinggakan ada yang gulung tikar kerana mengalami kerugian besar.

Menurut beliau, sebanyak RM2,000 akan diterima 35 ahli naungan Puhaza melibatkan peruntukan kira-kira RM70,000.

“Bantuan kewangan sekali beri ini kepada pengendali industri pelancongan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad tepat pada masanya.

“Pihak Puhaz berterima kasih di atas keprihatian kerajaan negeri. Bantuan itu membolehkan kami menampung pelbagai keperluan yang harus diuruskan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi menerusi Tourism Perak kerana sumbangan baucer kepada 35 agensi pelancongan di bawah Puhaz. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI