fbpx

Pemandu lori ditangkap rogol kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang pemandu lori ditangkap selepas merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi WeChat, kelmarin.

Penangkapan suspek berusia 20 tahun itu dilakukan pukul 6 petang di sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan polis daripada seorang kerani yang juga bapa tiri mangsa berusia 32 tahun.

Katanya, mangsa telah keluar dari rumahnya pukul 10.20 pagi pada 17 Ogos lalu sebelum kembali keesokan harinya.

“Kanak-kanak perempuan itu mengaku telah berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat dan dibawa ke sebuah hotel di Taman Bayu Perdana di sini.

“Mangsa kemudiannya telah diberikan minuman air sehingga menyebabkannya tidak disedari dan disyaki telah dirogol atau berlaku sesuatu tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Shamsul Amar menambah, polis turut merampas sebuah unit telefon bimbit berwarna putih daripada suspek tersebut.

Ujarnya, semakan mendapati, suspek yang mengaku terlibat dalam kes tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI