KOTA KINABALU – Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia sejurus rebah ketika berjoging di kawasan tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas pagi semalam.
Mangsa, Hasmin Usup, 55, dikatakan tiba-tiba rebah sebelum disedari beberapa individu lain yang berada di lokasi sama dalam kejadian sekitar pukul 6.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, orang awam yang berada di tempat kejadian terus menghubungi panggilan kecemasan MERS 999 bagi mendapatkan bantuan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan pemeriksaan pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).
“Siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan adanya sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan punca kematian mangsa.
“Mayat mangsa sudah dirujuk ke Jabatan Forensik HQE untuk dapatkan pemeriksaan lanjut Covid -19 sebelum bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi menyatakan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929